Thursday, December 17, 2020

Proses Buah Limau Purut

Buah limau purut


Buah limau purut mempunyai pelbagai khasiat utk kehidupan kita. Bila kita muat naik gambar proses buah limau purut, ada yang mesej. eh boleh makan ka buah? Boleh. x pahit ka? Boleh hilangkan pahit utk makan. Meh tengok cara2 kita nak buat buah limau purut yang sangat pahit menjadi xpahit. 


Bahan

Air
Buah limau purut. 
Gula 
cuka. 

Cara dia proses. 

langkah 1. Masak air sampai panas mendidih. tuang air panas dalam bekas buah limau (Buah jangan belah lagi) wangi 1rumah bau limau.  keesokannya ulang proses ni lagi 2 kali. buang air rendaman. Masak air yang baru. 

langkah 2. buah limau dibelah 2. ulang proses langkah 1 sehingga buah menjadi xpahit. 

 tip nak bagi limau kekal hijau rendam sekali barang tembaga. 

langkah 3. untuk simpan yang lama., masakkan air, gula dan cuka., masukkan dalam bekas buah. Simpan dalam freeze. 

langkah 4. Rebus buah sehingga lembut kemudian toskan., Masak air gula dan cuka utk oeraman buah 2malam. 

Kita buat buah ni utk masukkan dalam acar limau., lambat lagi nak guna, kita terus langkah 3. 

Jikalau nak guna dengan segera buah. Selepas langkah 2., terus ke langkah 4.


selamat mencuba. 

#proseslimaupurut#

resepibonda.


Monday, November 30, 2020

Salam Perkenalan

 Assalamualaikum

Alhamdulillah. Bertemu semula di dalam coretan ini setelah bertahun lama menyepi didalam ruangan ini.

InsyaALLAH.